Sunday 2 March 2014

BLUE MOSQUE | ISTANBUL | 28 JANUARI S014








Pada bulan Februari lepas 2kang Petik berkesempatan ke Istanbul, Turki. Sebelum ini negara Turki kurang terkenal di kalangan rakyat Malaysia tetapi selepas adanya filem Istanbul Aku Datang banyak cerita berkenaan negara ini. Negara Turki adalah merupakan penghubung di antara benua Asia dan Eropah. Jadi tidak hairanlah banyak tempat menarik berada di negara ini. Masjid Sultan Ahmed @ Masjid Biru adalah salah satu lokasi yang wajib dilawati bila berada di sana dan merupakan tumpuan pelancong dari serata dunia.