Pada bulan Februari lepas 2kang Petik berkesempatan ke Istanbul, Turki. Sebelum ini negara Turki kurang terkenal di kalangan rakyat Malaysia tetapi selepas adanya filem Istanbul Aku Datang banyak cerita berkenaan negara ini. Negara Turki adalah merupakan penghubung di antara benua Asia dan Eropah. Jadi tidak hairanlah banyak tempat menarik berada di negara ini. Masjid Sultan Ahmed @ Masjid Biru adalah salah satu lokasi yang wajib dilawati bila berada di sana dan merupakan tumpuan pelancong dari serata dunia.
Ini antara adalah serba sedikit sejarah berkaitan Masjid Sultan Ahmed @ Masjid Biru yang diperolehi dari Wikipedia:
Ini antara adalah serba sedikit sejarah berkaitan Masjid Sultan Ahmed @ Masjid Biru yang diperolehi dari Wikipedia:
Sejarah Masjid Sultan Ahmed @ Masjid Biru
Masjid Sultan Ahmed (bahasa Turki: Sultanahmet Camii) adalah masjid bersejarah di Istanbul,
bandaraya terbesar di Turki
dan ibu negara Empayar Uthmaniyyah (dari 1453 hingga ke 1923). Masjid ini adalah
salah satu dari beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru
oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Ia dibina di
antara 1609
dan 1616,
sewaktu pemerintahan Ahmed I. Seperti banyak masjid lain, ia mengandungi suatu
kubur penemunya, sebuah madrasah dan sebuah hospis. Masjid Sultan Ahmed telah menjadi
salah satu dari tarikan pelancong yang terhebat di Istanbul.
Sultan Ahmed membangun Masjid Biru untuk menandingi bangunan Hagia Sopia
buatan kaisar Bizantium yaitu Constantin I, Hagia Sopia berada satu blok dari
Masjid Biru. Hagia Sopia dulunya adalah Gereja Bizantium sebelum jatuh ke
daulah Turki Otoman pada tahun 1453 M . Masjid Biru memiliki 6 menara, diameter
kubah 23,5 meter dan tinggi kubah 43 meter.
Masjid ini adalah satu dari dua buah masjid di Turki
yang mempunyai enam menara, yang satu lagi berada di Adana. Di katakan, akibat
jumlah menara yang sama dengan Masjidil Haram di Mekkah saat itu, Sultan Ahmad
mendapat kritikan tajam sehingga akhirnya beliau menyumbangkan biaya pembuatan
menara ketujuh untuk Masjidil Haram. Yang menarik, sebuah rantai besi yang
berat dipasang di atas pintu gerbang masjid sebelah barat. Di masa lalu, hanya
Sultan yang boleh memasuki halaman masjid dengan mengendarai kuda, dan rantai
ini dipasang agar Sultan menundukkan kepalanya saat melintas masuk agar tidak
terantuk rantai tersebut. Ini dimaksudkan sebagai simbol kerendahan hati
penguasa di hadapan kekuasaan Ilahi.
No comments:
Post a Comment